Monday, 17 July 2017

PERHIMPUNAN MINGGU 26

Guru bertugas minggu 26

1)  Puan Linda
2)  Puan Allya
3)  Encik Razif Rahman
4)  Puan Noraishah
5)  Encik Shamsudin


Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah, Lagu Aku Negaraku.





Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas:





Antara laporan dan pesanan Ustaz Hazwan kepada semua murid adalah
1) Datang awal ke sekolah
2) Ibu bapa dikehendaki menghantar anak di depan pagar sekolah sahaja
3) Murid perlu menjaga penampilan diri seperti rambut dan pakaian.





Perhimpunan diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada pemenang pertandingan Sahibba Peringkat Daerah yang telah bertanding pada 13-14 Julai 2017. Sekolah SKS9KD telah mendapat tempat ketiga dan layak bertanding ke peringkat Negeri. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.


Turut berlangsung penyampaian cenderahati kepada peserta Coding@School yang telah berlangsung di makmal sekolah pada 11-14 Julai 2017. Program ini telah ditaja oleh KPM dengan nilai kursus RM4000 seorang.








Di akhir sesi, Puan Fazliyaton, Penolong Kanan Kurikulum menyampaikan ucapan kepada semua murid SK Seksyen 9 Kota Damansara.

Antara ucapan beliau adalah :
1)   Menekankan supaya murid-murid menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah dan hadir awal ke sekolah.
2)   Murid tahun 6 perlu bersedia dengan UPSR yang akan tiba tak lama lagi.





Bersurai dan masuk ke kelas untuk sesi PDP


Sunday, 9 July 2017

LAMBANG SEKOLAH

Image result for lencana sekolah kebangsaan seksyen 9 kota damansara

MAKSUD LENCANA

Bentuk keseluruhan melambang 1 Malaysia di mana bahagian atas melambangkan 3 bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu Cina dan India.

1. Bentuk Komputer                       :              
melambangkan kepentingan ICT di kalangan warga sekolah.

2. Topi dan Gulungan Ijazah        :              
Melambangkan hala tuju murid-murid dan dedikasi guru.

3. Buku Terbuka                               :              
Melambangkan kepentingan buku sebagai wadah mencari ilmu.

4. Gelung Rotan                               :              
Melambangkan semangat kesukanan
5. Bilangan Lima gelung                                :              
Melambangkan Rukun Negara dan Rukun Islam

6. Reben Merah                               :              
Melambangkan kekuatan pertalian antara warga sekolah.

7. Warna Ungu                                  :              
Adalah warna korporat sekolah

8. Warna Kuning                              :              
Melambangkan raja berpelembagaan.

9. Warna Merah                               :              
Melambangkan Keberanian.

PERHIMPUNAN MINGGU 25

Guru bertugas minggu 25

1) Ustaz Hazwan
2) Puan Mona
3) Puan Musliha
​4) Ustaz Raja Zuhri

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah, Lagu Aku Negaraku.


Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas:



Antara laporan dan pesanan Cikgu Razif kepada semua murid ialah
1) Datang awal ke sekolah
2) Ibu bapa dikehendaki menghantar anak di depan pagar sekolah sahaja
3) Pengawas perlu menahan murid yang datang lewat untuk dicatat nama dalam buku laporan.
4) Selepas makan pada waktu rehat, pastikan pinggan dan mangkuk diletakkan semula di kantin. Sisa makanan perlu dibuang ke dalam tong sampah untuk mengelakkan pencemaran.
5) Kebersihan kelas juga perlu diberi keutamaan.
6) Murid-murid hendaklah memberi salam setiap kepada guru.

Pengawas membacakan buku peraturan sekolah 
M/S: 1O Bab E- Perhimpunan


Perhimpunan diteruskan dengan sesi penyampaian pidato dan bercerita oleh murid-murid SK Seksyen 9 Kota Damansara




Di akhir sesi, Guru Besar menyampaikan ucapan kepada semua murid SK Seksyen 9 Kota Damansara.
Antara ucapan beliau adalah :
1) Menekankan supaya murid-murid menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah dan hadir awal ke sekolah.
2) Menjalankan PDP mengikut jadual
3) Menjaga penampilan diri - rambut perlu dalam keadaan kemas dan sebagainya.


Bersurai dan masuk ke kelas untuk sesi PDP