Thursday, 17 August 2017

PERHIMPUNAN MINGGU 30

Guru bertugas minggu 30

1)  Encik Zaidi
2) Puan Ansyara
3) Puan Jannatul Aida
4) Encik Nasir

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah, Lagu Aku Negaraku.





Nyanyian Lagu Patriotik sempena bulan Kebangsaan





Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas:




Antara laporan dan pesanan Puan Afifah kepada semua murid adalah
1) Jaga kebersihan kelas bersama-sama
2) Tumpukan perhatian semasa berada di kelas
3) Makan di tempat yang telah disediakan di sekolah















Di akhir sesi, Puan Naimah, Guru Besar SKS9KD menyampaikan ucapan kepada semua murid SK Seksyen 9 Kota Damansara.



Antara ucapan beliau adalah :
1)   Memberikan salam kepada guru
2) Merasmikan bulan kemerdekaan
3) Berharap murid dapat menjaga disiplan dan meningkatkan prestasi dalam akademik.



Bersurai dan masuk ke kelas untuk sesi PDP



Monday, 17 July 2017

PERHIMPUNAN MINGGU 26

Guru bertugas minggu 26

1)  Puan Linda
2)  Puan Allya
3)  Encik Razif Rahman
4)  Puan Noraishah
5)  Encik Shamsudin


Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah, Lagu Aku Negaraku.





Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas:





Antara laporan dan pesanan Ustaz Hazwan kepada semua murid adalah
1) Datang awal ke sekolah
2) Ibu bapa dikehendaki menghantar anak di depan pagar sekolah sahaja
3) Murid perlu menjaga penampilan diri seperti rambut dan pakaian.





Perhimpunan diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada pemenang pertandingan Sahibba Peringkat Daerah yang telah bertanding pada 13-14 Julai 2017. Sekolah SKS9KD telah mendapat tempat ketiga dan layak bertanding ke peringkat Negeri. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.


Turut berlangsung penyampaian cenderahati kepada peserta Coding@School yang telah berlangsung di makmal sekolah pada 11-14 Julai 2017. Program ini telah ditaja oleh KPM dengan nilai kursus RM4000 seorang.








Di akhir sesi, Puan Fazliyaton, Penolong Kanan Kurikulum menyampaikan ucapan kepada semua murid SK Seksyen 9 Kota Damansara.

Antara ucapan beliau adalah :
1)   Menekankan supaya murid-murid menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah dan hadir awal ke sekolah.
2)   Murid tahun 6 perlu bersedia dengan UPSR yang akan tiba tak lama lagi.





Bersurai dan masuk ke kelas untuk sesi PDP


Sunday, 9 July 2017

LAMBANG SEKOLAH

Image result for lencana sekolah kebangsaan seksyen 9 kota damansara

MAKSUD LENCANA

Bentuk keseluruhan melambang 1 Malaysia di mana bahagian atas melambangkan 3 bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu Cina dan India.

1. Bentuk Komputer                       :              
melambangkan kepentingan ICT di kalangan warga sekolah.

2. Topi dan Gulungan Ijazah        :              
Melambangkan hala tuju murid-murid dan dedikasi guru.

3. Buku Terbuka                               :              
Melambangkan kepentingan buku sebagai wadah mencari ilmu.

4. Gelung Rotan                               :              
Melambangkan semangat kesukanan
5. Bilangan Lima gelung                                :              
Melambangkan Rukun Negara dan Rukun Islam

6. Reben Merah                               :              
Melambangkan kekuatan pertalian antara warga sekolah.

7. Warna Ungu                                  :              
Adalah warna korporat sekolah

8. Warna Kuning                              :              
Melambangkan raja berpelembagaan.

9. Warna Merah                               :              
Melambangkan Keberanian.

PERHIMPUNAN MINGGU 25

Guru bertugas minggu 25

1) Ustaz Hazwan
2) Puan Mona
3) Puan Musliha
​4) Ustaz Raja Zuhri

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah, Lagu Aku Negaraku.


Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas:



Antara laporan dan pesanan Cikgu Razif kepada semua murid ialah
1) Datang awal ke sekolah
2) Ibu bapa dikehendaki menghantar anak di depan pagar sekolah sahaja
3) Pengawas perlu menahan murid yang datang lewat untuk dicatat nama dalam buku laporan.
4) Selepas makan pada waktu rehat, pastikan pinggan dan mangkuk diletakkan semula di kantin. Sisa makanan perlu dibuang ke dalam tong sampah untuk mengelakkan pencemaran.
5) Kebersihan kelas juga perlu diberi keutamaan.
6) Murid-murid hendaklah memberi salam setiap kepada guru.

Pengawas membacakan buku peraturan sekolah 
M/S: 1O Bab E- Perhimpunan


Perhimpunan diteruskan dengan sesi penyampaian pidato dan bercerita oleh murid-murid SK Seksyen 9 Kota Damansara




Di akhir sesi, Guru Besar menyampaikan ucapan kepada semua murid SK Seksyen 9 Kota Damansara.
Antara ucapan beliau adalah :
1) Menekankan supaya murid-murid menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah dan hadir awal ke sekolah.
2) Menjalankan PDP mengikut jadual
3) Menjaga penampilan diri - rambut perlu dalam keadaan kemas dan sebagainya.


Bersurai dan masuk ke kelas untuk sesi PDP

Wednesday, 16 November 2016

PENGURUSAN JENAZAH DI SKS9KD

Pada 16 November 2016, hari Rabu. SK Seksyen 9 Kota Damansara telah mengadakan pengurusan jenazah untuk murid tahun 5 dan 6, bertempat di Dewan Terbuka SK Seksyen 9 Kota Damansara.

Penceramah jemputan ialah Tn. Haji Idris bin Dain, Haji Zainol bin Ismail dan Ustazah Khalijah binti Ibrahim dari Surau Saabah Seksyen 7 Kota Damansara.








Tn. Haji Idris, Tn Haji Zainal dan Guru Kaunseling SKS9KD, Ustaz KhairulRizal.

Tuesday, 20 September 2016

HUBUNGI SEKOLAH



 
MotoBERILMU, CEMERLANG, GEMILANG
JenisSekolah KebangsaanSekolah kerajaan
Guru BesarPn. Naimah bt Nasir
Kod sekolahBBA8270
LokasiJalan Rimba Riang 9/1 PETALING,Selangor Malaysia
Telefon0361564252
Faks0361564052



MAKMAL KOMPUTER SK SEKSYEN 9 KOTA DAMANSARA










Sudut aktiviti I-think

Hasil Kerja Murid

Sudut Info

Sudut Akses

Sudut Pameran

Komputer di dalam makmal

Sudut Akses untuk murid mencari maklumat


Peti Pertolongan Cemas